Saturday, October 24, 2020

‎ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“We surely belong to Allah and to Him we shall return”


Monday, October 19, 2020

Nafas Baru Memontum Baru


 

Monday, August 22, 2016

Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei


Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei dan anda tidak perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia tahu yang anda bermatian-matian untuk mendapatkan pingat emas pertama untuk Malaysia tetapi rezeki masih belum mahu menyebelahi kita. Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia saya berpendapat bahawa Datuk Lee Chong Wei adalah wira bagi kami.

Pemain badminton kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap menjadi ikon terbaik badminton negara, namun kempen Olimpik beliau di Rio berakhir sebagai saat paling menyedihkan dalam hidupnya. Beliau datang dengan harapan menggunung tinggi untuk menggenggam sebutir pingat emas sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Bagaimanapun pemain berusia 33 tahun itu diselubungi emosi, menggenang air mata, suaranya pula tersekat-sekat ketika bercakap kepada media sejurus selepas kecundang dalam usaha terakhirnya untuk meraih kejuaraan sulungnya dalam Olimpik.

Wakil China, Chen Long menusuk luka yang amat mendalam apabila beliau menghalang Chong Wei daripada memenuhi impiannya bukan sahaja sebagai pemenang pingat emas Olimpik, bahkan selaku juara dunia.Chen Long mengalahkan Chong Wei 21-18, 21-18 untuk memenangi emas manakala Chong Wei memperoleh pingat perak ketiganya dalam penampilan keempat beliau di Sukan Olimpik.

"Saya mahu pulang jumpa isteri dan dua anak saya... ini kejohanan yang sangat panjang," kata Chong Wei, yang tiba di Rio tiga minggu lepas untuk melakar sejarah tersendirinya di temasya Olimpik. "Saya terpaksa akur bahawa saya ditakdirkan untuk menjadi pemenang pingat perak di sini," katanya.

Sepanjang kerjayanya yang begitu gemilang dalam sukan badminton, Chong Wei hanya gagal menjuarai tiga kejohanan -- Sukan Asia, Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik. Dalam kesemua kejohanan berkenaan, halangan terbesar Chong Wei datangnya daripada dua wakil China, Lin Dan serta Chen Long.

Tey Seu Bock, jurulatih Chong Wei sejak sekian lama, menarik perhatian bahawa pencapaian Chong Wei tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain badminton kebangsaan yang lain, dan mungkin tiada yang akan dapat menyamainya. Beliau mendidik anak buahnya itu sejak 2002, dan mendapati Chong Wei adalah pemain yang berada dalam kelas yang tersendiri.

Chong Wei mencapai gelaran demi gelaran dalam Siri Super Dunia, Siri Super Premier, Final Siri Super Dunia, memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2006 dan 2010 selain menjadi juara dua kali dalam Kejohanan Asia. Beliau memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama enam tahun berturut-turut sebelum dikenakan penggantungan lapan bulan berikutan kes doping, bagaimanapun dengan tangkas bangkit semula daripada ranking ke-189 untuk berada di kedudukan teratas dalam tempoh yang amat singkat.

Sebelum mengakhiri kariernya itu, Chong Wei mahu mencuba buat kali penghabisan dalam Kejohanan Dunia tahun depan, dan ditabalkan sebagai juara dunia, memandangkan Lin Dan dan rakan senegaranya Chen Long menafikan beliau daripada kegemilangan itu.
Seu Bock berkata beliau menghormati keputusan Chong Wei selepas Olimpik.

Beliau berkata anak didiknya itu masih mampu beraksi dengan baik bagi tempoh dua tahun lagi pada kejohanan terkemuka dunia termasuk Sukan Asia 2018, namun beliau agak sangsi tentang keupayaan Chong Wei selepas itu.

"Saya tidak mahu mempengaruhi beliau tapi sudah tentulah saya mahu beliau bantu jurulatih untuk membimbing pemain lain. Lagipun, kami memang perlukan pengalamannya," kata Seu Bock.
Pemain badminton negara yang paling berjaya ini akan sentiasa dikenang sebagai raja badminton tanpa mahkota.

Friday, January 2, 2015

Monday, August 18, 2014

Tragedi MH17: Tarikh 22 Ogos diistiharkan sebagai Hari Berkabung Negara


 
Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17
  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Wednesday, June 18, 2014

anda mau share..jom


 klik pada link dibawah untuk tindakan seterusnya :)

https://www.globallshare.com/en/2491179.html

baru je masuk tengok ni. mcm best. surf n get share for it. hmm menarik!

Sunday, June 8, 2014