Wednesday, June 17, 2009

0330am

mmm..hari ni tanggal 17jun..bangun awai gila..tak penah aku buat sejak dua menjak 3 menjak 4 menjak dan bermenjak2 lah..seawal 3 pagi..ingat nak dah subuh dah..mmm mcm terpanggil untuk bangun pepagi ni..adakah aku ni dah kategori isomnia??? mmmm rasanya nyenyak ja aku tidoq (sbb aku tak sedaq langsung) tup2 bangun tgk jam yang agak2 randik ditepi bantai aku ni..mmmm..hnnfffff "awainyaaa..".. sengaja aku tak kunci alarm..nak bangun lewat2 sikit..tp..takpalah..nak buat camna kan..murah rezeki bangun awai2 camni..


perhatian : bantai busuk tu bukan aku yang punya...



maybe aku ada pkr yang hepi akan berlaku hari ni??mmm sapa tau kan..heheh InsyaAllah..
Dalam dok temenung dalam bilik yang mcm smallville (hahaha tak bule blahh) ni..tgk laptop.mmm..sib baik ada broadben (rembat my bro punye kejap...) malas nak p cucuk streamyx kat depan tu...layan mapia wars dulu...mak aiii pagi2 dah layan..siyyyyoooot bangat ni..
sib baik ada la game ni..bleh la ilang kebosanan aku tahap gaban dah ni...
dalam dok men2 ni.. aku terbacalah satu email yang datang dari sahabat aku....saja nak berkongsi dengan hampa..so meh la baca sat monolog aku ni..uhhh



satu ceritera mengubah persepsi aku tentang hubungan kemanusiaan iaitu persahabatan...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


Sama ada kita nie baik berpura-pura jahat atau kita nie jahat berpura-pura bek


mmmm..sahabat-sahabat aku kat luaq sana tuh..kalau aku ada tinggalkan paku karat di hati hampa aku mintak maaf banyak2..aku hanya manusia biasa..yang pandai buat salah tanpa berpikir perasaan orang lain..tp diatas keegoan aku..ilang nilai persahabatan..mana tau hari ni, esok..lusa tulat..kita tak berpeluang memaafkan seseorang....aku jugak akan cuba memaafkan orang lain diatas kesilapan lampau..yang membuat paku2 yang ditinggalkan umpama parasit yang lama2 membuatkan hati manusia busuk....mmmmmm harap ati aku tak busuk....kerang busuk? mulut busuk? mmm mintak3 dielakkan.. :)


mmm..tinggal lagi 13hari lagi...mmmmmmmm

Tuesday, June 16, 2009

Alhamdulillah.....

....................
Helo..Helo..

mmm..hari ni aku rasa mood aku macam agak2 nak melanton2..
tp buleh kontoroool lagi...tp aku rasa bersyukur sesangat..dalam ujian fasa 1 dalam perjalanan aku ke bumi kenyalang...alhamdulillah so far suma berjalan lancaq..dengan panggilan tipon yang aku terima..membuatkan aku lapang dada utk memikirkan langkah selanjutnya selepas nih..jeng..jeng..

...................
adegan makan-makan..
time : lunch hour

amacam sodap tak?????

Hari ni makan waktu lunch aku ditaja oleh Datok Seri Hajah Inayrus Kay (bukan nama sebenar tapi samaran sbb dia suka menyamar..itu adalah hobi azali beliau..hohoh)..salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ngem Ngem Corporation..perghhh rasa mcm kerdil je aku huhuhuh...tp aku panggil dia Ang or Ko jer ..sebab dia ni memang sporting abisss...dek makan makanan yang dibelanjai dan ditaja oleh sahabat aku sewaktu di aku menimba + mengorek+mengali ilmu bahasa di kaki KLCC dulu..lama aku tak jupa dia ni sejak dia sibuk mengalahkan perdana menteri..hhuhuh..tp emmmm sodap sungguh lah...makan free mau nya tak sedap..bagi batu pun rasa mcm ABC campuq..muhahah..THANKS buddy..ang punye taste makan ala2 jalan2 cari makan (JCM) huhuuh aku bagaikan melantak mcm esok tiada hari untuk makan..apa ntah makanan dia..JERK BBQ..apa2 jerk lahh..satu lagi aku tak tau nak sebut..member aku pun sama..terkesima melihat menu dia bahasa..perhhggggg..ala2 italian.. mai tunjuk2 ja..nak makan ni..sambil tojohh..tojooh kertas menu tuh ...sib baik la plastik..kalu kertas mau koyak dan kene lempang dulu dgn manager restoran tu...adehhhhh

Monday, June 15, 2009

Sehari Selepas Mac 16


mmm....halusi dan teliti maksud tersirat dan tersurat disebalik kata2
hasil dari nukilan sahabat seopis aku..mm tak sangka la plak..
ada bakat dalam penulisan sajak nih..




Suram..
Hari ini mentari menghilang
Entah di mana
di balik awan

Ceria
Malam kelmarin terang benderang
Cahaya bulan menyinari alam
Isi alam jelas terlihat

Suramkah..
Hati yang gundah
Mengingatkan peristiwa semalam
Dimana aku terpaku
Lantaran peluru katamu
Akhirnya

Memenjara diriku
Dalam percaturan kataku
Yang lemah pergi menghilang
Lalu kelam

Fikirku
Tiada lagi 350
Hilang sudah 75
Menghilang pergi 25
Kabur nanti 1500 dan 300

Bayangku
Ayam,ikan, Sotong, Udang,
Tidak lagi menanti ku
Bayam, Sawi, Cili Merah
Tidak lagi menjadi perhatianku

Langkahku
Mula longlai
Tak mampu ku berdiri atas pentas ini lagi
Ke mana akan ku pergi...

Sahabat-Sahabatku Lupakan arahku
Teruskan agenda kalian
Selagi kurnia-Nya tetap terlimpah...



Nukilan
TerunaKampung
17Mac2009

p/s : perghh..sesuaiii sgat utk aku ni..kekekekekek..
a.midi teruskan usaha anda..bleh ganti a.samad said nanti..:)

Saturday, June 13, 2009

D A M N

mmm..hari ini aku sangat bosan..B.O.S.A.N

tersangat la bosan...tetapi aku teraaaiii (try) utk tidak berkata bosan..

walaupun hakikatnya aku sangatlah bosan..mmmm

ada banyak benda nak kene settle sebelum aku blah dari kehel ni..

mmm yang pasti satu benda telah terlunas semalam..mm

harap2 resultnya akan membuatkan nafsu gembila aku melonjak lonjak, melanton-lanton

tanpa dikontrol..hnnfffff...




nak packing barang ni lah membuat aku sngat sangat malas..

bak dulu time aku buat research sure ada 5 ranks untuk menunjukkan tandaaras sst perkara..

spt sangat malas, malas, takpasti malas, rajin dan sangat ghajin...tp aku nak tambah lagi..amat sangat malas..kat depan tuh sekali..so skang ni aku dikategorikan org yang amat sangat malas..

mood aku rasa macam bersepai..asyik pikiaq nak makan jaa..muhaha..pastu tidoq..mmm

sia2 ja aku p gym nih..adehhhhh!

tapi takpa..akan aku teruskan untuk mempacking barang aku ni..

kalu bukan aku nak pack sapa lagi? takkan nak soh bibik kat opis aku plak kan...muhahahah..

Ada menda lagi nak pikir..mm rumah sewa..pasni aku kene lah cari umah sewa plak..

aduss..bule dak aku pack umah aku kat sini bawak pi sana???? takpayah la aku pikiaq nak sewa kat sane...gila!! mmm mula dah perangai tidak siuman aku terpacul plak...

tp aku thanked pada semua mbr2 aku yang tolong aku disaat genting aku nih..

(walupun aku bukan dok kat genting highlands) tp saat2 genting ni lah baru aku mengenal dimana ertinya nilai sahabat sejati dan bukan sejati..(mcm nak karaoke lagu sejati-wings la plak..)..tp takpa..aku bukan la kesahkisah sgt pun..janji segala yang aku plan akan berjalan licin dan sempurna nanti InsyaAllah.....



p/s...cmne la rupa 'batik' aku dari pantai timurr...hhoohohoh

True Story

Sumber : email aku daaa (email berantai dan bercangkuk)


Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forumperdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din,Ust.Raihan &Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahlipanel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu ygmenjadi ikutan kita semua.Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap akuutz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg.buluh.Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis membericeramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgnbeliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMINiaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkanperang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampaimati.Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesamabanduan lain.Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi selbeliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.




Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok,mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supayadibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkinAllah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. HUWALLAH HUALAM

Tuesday, June 9, 2009

Ludah ke kiri tiga kali....

..i have a dream..


Semua manusia di dunia ini bermimpi. Bezanya adalah mimpi yang datang itu adalah mimpi yang buruk dan baik. Mimpi yang buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia mengambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.
Justeru itu bagi seseorang yang bermimpi buruk hendak lah bertindak seperti berikut :
  • Meludah ke kirinya tiga kali
  • Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat tiga kali
  • Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).
  • Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  • Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.


'aku rasa aku sedang bermimpi lahhh..

Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya

"Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedangkan mimpi buruk adalah daripada syaitan. Apabila seseorang diantara kamu bermimpi disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya."

Hadis Riwayat Muslim

Sumber : Harian Metro

Monday, June 8, 2009

Ekpedisi Toner...

mmm...hari semalam aku p bb beratur buat pertama kalinya..(bak kata awang chik...diz is my firstttt timeeeeeeee....ikut gaya smbil goyang p*ngkuq..perggghh)..
secara globalnya..aku siyoookk la sngat..dah lama aku tak mengikuti xtxt cmni..
sejak aku tinggal univ. dulu..(makluman : dulu aku sorang yang sgt aktip bab2 camping nih..tmbhan plak..aku memang suka bab xtxt outdoor nih..contoh?? mm mcm hiking, kayaking, wall climbing, camping, treasure hunting.... window shopping...(aik..hat ni aku rs bkn extreme sgt..suka2 saja..)..huhuhu


permulaan xpdc di rumah sahabat2 yg bernama asoi, rijalo, awang chik...

Sepatutnya nak p PD nih asalnya nak p minggu lepas lagi..tetapi disebabkan member2 (termasuk aku!) yang nak p ni suma sibuk dgn agenda hujung minggu masing2..so ditunda la kehari semalam..aku mmg agak kebosanan bila hujung minggu ja..
tp disebabkan semangat aku melantun2 bagai enjin turbo kuasa lapan kekuda..so aku pun bersetuju lah nak ikut xpdc ni ke PD..dengan harapan aku nak release kan tensen aku yang selama ni aku dok pendam..hoooooooo...lagipun bila lagi aku nak luangkan masa bersama2 member2 aku..lepas ni agak susah la aku nak lepak..disebabkan aku dah duduk jauhhh sgt dari depa2 nih..mmm...takpa bule lepak lagi kalau aku balik sini..hohoho

Dari kiri yang pegang botot seksi keta gua tu adalah rizalo..tengah yang mcm nak masuk keta tu adalah asoi..dan yang macam nak dok atas bumbung keta tu adalah awang..

Segala perancangan yang dirancang berjalan seperti yang dijadualkan..baguih depa nih..ringgan tulang..ringan telinga..ringan tangan..ringan jari...ringan mulut..baguih baguih..cuma kami agak terlewat disebabkan ada masalah teknikal berlaku..tapi tak dak hal punya..lepas settle suma barang..teruihhh caloooo menuju ke destinasi..

Harta karun dibawa..
Ayam - checked!
Itik - unchecked (gila ke hapa..sapa nak makan itik wehh!)
hot dog 3 bungkuih(bukan anjin panas haaa) - checked!
Dawai - checked!
Bata 4 bijik - amik untie punye.. pun checked!
tembikai - checked!
Pisang Montel - checked! (mmm hat ni dah santap sebelum p..kira dah storage dalam perut la..)
Bola kuning berlabel muka org - checked! (kunun nak p main polo air..hoho)
apple 5biji - checked!
Kentang - Checked!
Surat kabor lama -checked!..
Arang batu - checked!
lain-lain barang bla..bla..bla..checked!!

So bila dah complete suma barang..apa lagi yabedubedu...masuk keta..start enjin..vroommm...gua mula tekan pedal minyak menyusuri lebuhraya utara selatan(PLUS) menuju ke selatan dengan kelajuan 112.5km/j..secara bundarnya kami bertolak dalam pukui 6.30ptg tetapi kalu dikira secara tak bundar..selepas dicongak2 sambil usha2 awek2 kat tol suma kami bertolak secara betuinya adalah pukui 6.31ptg..(usha awek memerlukan 1minit shj)..

Perjalanan menyusuri lebuharaya PLUS sambil mendengar celoteh dari awang..

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45minit kurang terasa dek gurauan si awang dgn rakan2 yang berjaya memburaikan tali usus besar aku..ada ja benda yang membuatkan aku terkering gusi dgn sendirinya..lepak dengan depa nih memang happening habehhh..dat y aku selalu lepak rumah depa ni..at least rasa tension akan ilang dgn sendirinya..
so sambung balik aku sampai PD lebih kurang pukul 7.05mlm..aku bawak depa ni g survey port untuk mandi..sampai ja tepi pantai..mm memang best..tp tmpat tu masih dalam under construction lagi..maksud aku jamban2 dan semua yang seangkatan dengannya masih dalam pembinaan hampehh toi...
tp orite lah..dah makin maju dah tempat nih..

merenung masa depan...


Pra-mandi di Tanjung Biru@PeeDee

lepaih ja pi usha port baik untuk mandi esok..pa lagi gerak lah p solat dulu kat petronas..mesreeeeeeeeeeeeeeeeeee...
mesra la sangat..smpai nak kena Q secara bergilir "gender"..mak aiihh sure hampa rasa pelik..
nak cut cost gamaknya kot..so kene la tgu..sat pompuan masuk..dah settle laki plak masuk..
mmm sesuatu penantian yang aku kurang gemar..tak siyooookkk..dek rase perasaan melanton-lanton nak p pasaq malam..so p la sat..siap beli tikaq lagi tuuuuuuu.....makcik tu suka gilaaa..sngat suka bila rizalo mengeluarkan kepingan kertas kaler merah n ijau kekuningan sikit2 (kertas ijau tuh dah lama dah..so ada sikit mix kaler dia..)..dapat la kurang dua hengeeet kat kedai tu berbanding harga kat petronas sampai...&7%*$^%&^$ (sorry mesin kira aku rosak daa)

sodap wehhh ayaq oren ni..sapa lagi..kalu bukan pakar yang membuatnya..

Sesudah tawaf pasar malam tuh 3 kali tanpa membeli apa2 (xtvt kesengalan rekaan ni memang sudah didetect dari awal setiap hari isnin dan jumaat di pekan "SS"..mcm dah jadi habitat pulak dahh..hohohoh)...apa lagi calooo larr p cari port camping plak...dah sampai tuh..cari port baik punyaaa..tepi pokok nan sebatang....pendek kata..sangat bersesuaian...


saja membuat bz..dan xtvt menyibukkan diri akan diteruskan sehingga lewat malam...


Segala yang dirancang berjalan dengan lenggang kangkung tp cergas mcm minum kopi cap kapai apiii....berdesuuupppp...sib baik tak melanton2 p kat atas pokok rhu tuhh... fuhhhh..ayam pun telah dib*gelkan diatas dawai khas yang dilipat dua..(menepati ciri2 piawaian siram [adik sirim]..mmm )..so hasilnyaa...mmm

Add Imagepermulaan pembakaran sedang berlaku...nampak mcm hebat!!! wowww...seksiiiii siooot ayam nih..sian kena bakaq plak dahhh..hmmmmm..tp memang mabeles sgt2...

mmm..nasib lah..kaki sapa la plak interprameeee kat sini..huhuhu...toner? moner? soner?
mmm kejang perut aku dah nihhhh

Sementara itu kelihatan seorang individu yang duduk bertenggek di tepi pembakaran ayam tersebut.. rasenya mcm beliau amat sangat berminat dengan ayam yang dibakaq tuh..mmm sabaq bro..sabaq!! baru ja 10min berlalu..kulit dia pun baru ciput ja bakaq nya...mmm


mmm hasilnya..sampai aku tak tidoq malam memikirkan kelazatannya..hohoho....


aktiviti makan sambil berjemaah sudah berjalan...ditemani oleh kacang panggang yang dibeli khas di salah sebuah Hypermarket pemes di Pekan K..


aku rasa time ni aku sok saja2 memikiaq apa la aku nak buat sebelum aku zasss..zzzzzzz...sayup kelihatan mendalah putih yang menarik perhatian aku...mmm alangkah baguihh nya kalu ada diatas sana..bla..bla..bla...blah...mmm tak sangka plak aku ni kuat berfantasi..perghhhhh!!!! owwowowowo..kena tinggalkan "habitat" lama aku ni..aku kena pupuskan ianya dari idooop gua...mmmmmm

mmm..bangkit ja pagi2..zuppp pergghhh indah sungguh panaurama tatkala ni..
kebesaran Allah swt yang tak boleh disangkal lagi...bingkas bangun..aku mcm nak usha tepi pantai plak..tp rase mcm lagi best aku tiarapkan kembali badan aku nih..rasa mcm mat terap la plak..mm..bangun woiii..bangun...!!!!

wow..nyaman aku tgk gambor nih..asik tgk gambor nih rasa nyaman..kalu nyaman mesti kena tgk gambo nih..nih gambo tgk kena mesti nyaman kalu..mmm apa daaa aku merepek nih.....takpa lah memang sejak dua menjak nih aku suka makan ini kerepek..so aku lebih suka merepek lagi makan kerepek..mmmmm....sengal!

mmm...bulehh arrr tmpat ni..aku lebih suka lepak tmpat nih..lagi pun aku rasa mcm aku plak founder tmpt kat ni..perggghhh gila kentang punya ayat...takda lah..dulu takda plak dia komersial kan tmpt nih..biasa2 ja tmpat dia..yang penting ayaq laut dia bersih gila..gila bersih..bersih gila..so dah kebetulan aku mai PD ni so aku ajak la suku sakat aku mempeleserkan diri di tmpat nih..ok lah..not bad beb!! cuma aku tak kesempatan mandi la plakkk sebab kemudahan tempat pembersihan kendiri belum dibina dengan sempurna...takpa la..
nanti bila aku pulang naik burung unta dari bumi kenyalang aku mai sini lagi.. so geng kita lepak sini lagi..smbil naik bot pisang tak tak nampak mcm pisang tp mcm nangka..yes!! nangka..yaaahh hahah


mmm...port paling eksklusippppppp!!.. (makluman :tatkala ini pencarian toner sudah dijumpai..)
so aku dengan suka atinyaaa meletakkan entry ni nama xpdc toner..sesuatu yang aku rasa perkara yang aku tak bule lupa arrr...mm tak bulehh blah.... bila pikir2 exotic gakk..pergghhh exotic siooot..amat sangat siyokkkkk....

mmmmmm..biaq misteri di selubungi nusantara..

mmm...dah settle suda perjalanan@xpdc kami berempat..Alhamdullilah suma selamat..bila laaa nak lepak lagi..tp lepas ni bule ajak lagi ramai2..baru meriah...tp aku tak kisah pong..asalnya suma sporting lagi oraiittttt...aukkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

mmmmmmm....