maybe aku ada pkr yang hepi akan berlaku hari ni??mmm sapa tau kan..heheh InsyaAllah..
Dalam dok temenung dalam bilik yang mcm smallville (hahaha tak bule blahh) ni..tgk laptop.mmm..sib baik ada broadben (rembat my bro punye kejap...) malas nak p cucuk streamyx kat depan tu...layan mapia wars dulu...mak aiii pagi2 dah layan..siyyyyoooot bangat ni..
sib baik ada la game ni..bleh la ilang kebosanan aku tahap gaban dah ni...
dalam dok men2 ni.. aku terbacalah satu email yang datang dari sahabat aku....saja nak berkongsi dengan hampa..so meh la baca sat monolog aku ni..uhhh
satu ceritera mengubah persepsi aku tentang hubungan kemanusiaan iaitu persahabatan...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
Sama ada kita nie baik berpura-pura jahat atau kita nie jahat berpura-pura bek
mmmm..sahabat-sahabat aku kat luaq sana tuh..kalau aku ada tinggalkan paku karat di hati hampa aku mintak maaf banyak2..aku hanya manusia biasa..yang pandai buat salah tanpa berpikir perasaan orang lain..tp diatas keegoan aku..ilang nilai persahabatan..mana tau hari ni, esok..lusa tulat..kita tak berpeluang memaafkan seseorang....aku jugak akan cuba memaafkan orang lain diatas kesilapan lampau..yang membuat paku2 yang ditinggalkan umpama parasit yang lama2 membuatkan hati manusia busuk....mmmmmm harap ati aku tak busuk....kerang busuk? mulut busuk? mmm mintak3 dielakkan.. :)

mmm..tinggal lagi 13hari lagi...mmmmmmmm
No comments:
Post a Comment