Wednesday, June 24, 2009

jom toyot!!!

sehari suntuk aku kat toyot serbis ni...mmm besttt la plak...dapat minum free kekekekeh...tp minum jelah yang aku dapat...kalu nasik ayam mau aku kena katok dengan toke toyot ni..dah bg perut dan peparu la pulaakkkkk... adeh...dikesempatan aku kat kampung terchentaa ni..biasalah ramai lah yang rebut2 kan aku utk menyumbangkan perkhidmatan..kali ni..aku nak ajak ampa pi toyot punye serbisss center..kat kampung aku gak..kira2 dalam 45min perjalanan gi sini..mm tak kisah la..memang aku la ni sukakan stereng..so aku pun setuju kan aja..so aku p la kedai serbis toyot ni..kiranya aku bab2 keta ni aku relakan aja..sebab mmg aku sukapun..mekup keta peberettt aku..tp takda lah hardcore sangat..softcore je..muhahah..selalunya aku akan utamakan tinted dulu arrr..sebab biasa lah..panaiihhhh..nak dapat keta sendiri lambat lagi..so keta akak aku jadi mangsa eksperimen aku..outputnya? mmm mabeless lah..biasa lah..ikut aku punya citarasa..jekekkekeh..depa ok ja puas hati..cuma depa soh aku gelapkan lagi tinted tu kasi tak nmpak teruihhhh..mak aiii..bule je aku buat..aku lagi suka..kang takapasai2 kena plak saman aku tamau masuk campuq tanya...kuikuikuikuii...tp orite gak kalu gelap terus..mm baik aku sembuq spray itam..haa bru ang beritam dok dalam keta..muihahahaha


Berbalik pada tempat melepak aku kat toyot serbisss ni...sepanjang aku aku serbiss keta ni lah tempat plg lambat aku dapatkan keta ni balik..mm lama kemain..tp takpa..takpa..aku mmg suka..asal keta ja aku sanggup tunggu..sambil tu buleh cuci2 mata tgk barang baru toyot ni..dari tengahari sampai petang dok lepak sini..peghhh berasap kepala otak aku..nak layan wifi tak buleh la plak..kene mintak password kat kaunter la plakk..adehhh malas nak p serbis kaunter..mmm biaq p lah..sesudah 3jam aku dok melanghut kat sin..cargasss plak p amik baju yang aku dok tempah awal bulan lalu..nama dia mat tailor..sesuai dgn kejenya sebagai tukang buat baju kekekeh..oklah dia buat baju ni..aku pun selesa sangat..tailor peberet gua sejak zaman uni lagi..hhoooho..aku lebih suka tempah baju dari beli baju.sbeb sais aku yang sepesel yang agak susah nak fit dgn baju..kuang..kuang..kalu beli selalu tak fit..terlebih panjang la..lebaq lah..tp aku normal bukan kategori cac*t lagi..alhamdulillah dan syukur pada kurniaaanNYA...so aku p la tempah berbaloi dgn nilai ringgit yang aku keluarkan ..hohoho..mmm esok aku nak p mana la plak..seminggu cm sehari ja dok sini..cepat sangat masa berlalu..tak puasssssssssssss beeeeb!!



writing proposal

adeh...macam malasnya aku nak buat..dah lama aku tinggalkan mendalah ni..
sib baik ada en.khairunneezam mohd noor membantu aku tatkala kebuntuan menerpa aku..
mmm thanks buddy!! membantu dan menasihat di kala aku susah dan senang..bukan senang nak dapat sahabat mcm ni..tp ni lah..salah seorang mbr baik gua start belajar dari uni. smpai sekarang.. la ni pun dia still belajaq lagi dokek melbourne..pergghhh bila lah aku nak p sana..aku harap ang belajar n buat family ramai kat sana..Amin..
1st chapter pun tak siap lagi..asik dok facebook mafiawar!! together mafiawars! hahaha teringat words tu time aku lepak dgn jalo hahaha...fanatik dan addicted sungguh la..

Monday, June 22, 2009

momento!!

aku nak ucapkan terima kasih pada mber2 aku yang dok bagi adiah kat aku ni..mmm
mcm besday aku la plak..tp thanks buddy!!
tak berkesempatan nak ucapkan terima kasih..adiah yang mai kat aku mcm pos ekspress ni..tajaan group skodeng aku dan orang perseorangan..jangan risau beb aku still ingat kat sini..hhuhuhu
aku bukak adiah ni pun kat kg..sbb aku rasa aku tau adiah apa..sebab aku p beli sama depa..muhaahah bule ka cengitu..haaahh kira halallah..hahahah


mmm aku tak packing lagi barang..sejak balik kg ni asik melepekkk je penat kemain..
nak kata p bendang dak gak..tp penat sebab tak tau buat pa...apa lagi membutaaaaaaaa jalah..
mmm tp nak kena settle cepat2 gak..sbab aku rasa mungkin nak p awal sikit kehel ni..nak membuta kat sana sebarang 2 hari kiambang bertaut..muhaha tgk la dulu..mmm
selalu dok melepak serdang ja..la ni mati kutu plak nak buatpa..mmm rasa2 mcm terpanggil nak tgk wayang..uwaaaaaaaaaaa! jom..jom!

Friday, June 19, 2009

i wanted a perfect ending!!

Assalamualaikum wbt...mmm...hari ni hari last aku kat menara apex ni..pasni dah tak bule dah aku ber'apex' kat sini lagi..tp bukan puaka niang apex yor!..aku dah tak bule bergym dengan geng aku..geng maut nak sihat heheh..tp aku harap korang akan teruskan hasrat murni suci lagi holistik kat situ..teruskann bergym tanpa aku kekekekeh..aku harap suma akan ok lepaih ni..huhuh sedey la plak..tp tulah memang sedeh pun sikit..tak banyak..takde le sampai ator mata darah kuar tp keluar ta*k je..sbb aku makan banyak masa lunch hahahaha...tak senonot betui lah...kakakakah..Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 di sekodeng team@PPH *a.midi+mell+adi+arilaso+knife+lam+wan+chit+zantai+far+susue+sila+non+tin+sally* mm sapalagi..aku harap korang jangan putus asa..mintak je mana2..jangan memilih sangat..aku tetap doakan sahabat2 aku suma berjaya..InsyaAllah..kepada geng genius serdang *asoi+jalo+awangchik+kontol+botak* selamat maju jaya gak..ada masa lagi aku lepak lagi dengan hampa sambil insaf dengan toturial pengajaran duniawi ampa..Pada geng2 aku yang lain dok dibumi kehel ni banyak sangat nak sebut..zul+awie dan rakan2 lain kalu nak sebut aku rase tak cukup page ni...selamat selamat dan selamat..dan terima kasih sangat pada semua pertolongan yang anda semua lakukan..Hanya Nya yang mampu membalasnya..

diatas pemintaan suesue nak kan aku punye text ucapan..so ni aku meletakkan ringkasan text ucapan aku..baru aku jupa..kekekekeh..so aku selitkan disini sebagai tanda tugu peringatan kekekeh..


Dear all

With a heavy heart I bid farewell, as today is my last day in toootttt (terpaksa diblurkan). My time here may be short compared to many of you, but it has been a memorable time of my life. Along the way I have learnt a lot and more importantly made many friends which I will hold dear to my heart.

I seek forgiveness if I have offended in any ways; all is done in the name of work. Thank you to PPH Team and everyone for all the help, guidance, cooperation and patience with me.

Finally all the best to all of you and for those who have my contact details, please keep in touch.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh saya menumpang mandi, (kat umah takde ayor..hehehe)

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi..

Best regards,

Zam Rahman

p/s Ni ada pesanan khas utk kengkawan dan aku juga bila dah keje nanti..mmm harap2 suma oklah nanti...


-Ada lelaki & ada wanita
-
Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai
-
Ada yang pengampu & ada yang pak turut

-
Ada yang main games & yang tidur

- Ada yang
suka marah2 & yang stress

- Ada yang
suka gosip & yang suka jalan2

- Ada yang suka
merosakkan harta pejabat & ada yang suka
ulang alik ambil minum


- Ada
pujian & makian
- Ada
yang ceria & yang boring
-Tapi katanya "We're a team"

-So be fun
, enjoy your time , your work & achieve the best


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JANGAN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..... ....
SELAMAT BERTUGAS!!!



--
hidup mesti ceria

Wednesday, June 17, 2009

0330am

mmm..hari ni tanggal 17jun..bangun awai gila..tak penah aku buat sejak dua menjak 3 menjak 4 menjak dan bermenjak2 lah..seawal 3 pagi..ingat nak dah subuh dah..mmm mcm terpanggil untuk bangun pepagi ni..adakah aku ni dah kategori isomnia??? mmmm rasanya nyenyak ja aku tidoq (sbb aku tak sedaq langsung) tup2 bangun tgk jam yang agak2 randik ditepi bantai aku ni..mmmm..hnnfffff "awainyaaa..".. sengaja aku tak kunci alarm..nak bangun lewat2 sikit..tp..takpalah..nak buat camna kan..murah rezeki bangun awai2 camni..


perhatian : bantai busuk tu bukan aku yang punya...



maybe aku ada pkr yang hepi akan berlaku hari ni??mmm sapa tau kan..heheh InsyaAllah..
Dalam dok temenung dalam bilik yang mcm smallville (hahaha tak bule blahh) ni..tgk laptop.mmm..sib baik ada broadben (rembat my bro punye kejap...) malas nak p cucuk streamyx kat depan tu...layan mapia wars dulu...mak aiii pagi2 dah layan..siyyyyoooot bangat ni..
sib baik ada la game ni..bleh la ilang kebosanan aku tahap gaban dah ni...
dalam dok men2 ni.. aku terbacalah satu email yang datang dari sahabat aku....saja nak berkongsi dengan hampa..so meh la baca sat monolog aku ni..uhhh



satu ceritera mengubah persepsi aku tentang hubungan kemanusiaan iaitu persahabatan...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


Sama ada kita nie baik berpura-pura jahat atau kita nie jahat berpura-pura bek


mmmm..sahabat-sahabat aku kat luaq sana tuh..kalau aku ada tinggalkan paku karat di hati hampa aku mintak maaf banyak2..aku hanya manusia biasa..yang pandai buat salah tanpa berpikir perasaan orang lain..tp diatas keegoan aku..ilang nilai persahabatan..mana tau hari ni, esok..lusa tulat..kita tak berpeluang memaafkan seseorang....aku jugak akan cuba memaafkan orang lain diatas kesilapan lampau..yang membuat paku2 yang ditinggalkan umpama parasit yang lama2 membuatkan hati manusia busuk....mmmmmm harap ati aku tak busuk....kerang busuk? mulut busuk? mmm mintak3 dielakkan.. :)


mmm..tinggal lagi 13hari lagi...mmmmmmmm

Tuesday, June 16, 2009

Alhamdulillah.....

....................
Helo..Helo..

mmm..hari ni aku rasa mood aku macam agak2 nak melanton2..
tp buleh kontoroool lagi...tp aku rasa bersyukur sesangat..dalam ujian fasa 1 dalam perjalanan aku ke bumi kenyalang...alhamdulillah so far suma berjalan lancaq..dengan panggilan tipon yang aku terima..membuatkan aku lapang dada utk memikirkan langkah selanjutnya selepas nih..jeng..jeng..

...................
adegan makan-makan..
time : lunch hour

amacam sodap tak?????

Hari ni makan waktu lunch aku ditaja oleh Datok Seri Hajah Inayrus Kay (bukan nama sebenar tapi samaran sbb dia suka menyamar..itu adalah hobi azali beliau..hohoh)..salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Ngem Ngem Corporation..perghhh rasa mcm kerdil je aku huhuhuh...tp aku panggil dia Ang or Ko jer ..sebab dia ni memang sporting abisss...dek makan makanan yang dibelanjai dan ditaja oleh sahabat aku sewaktu di aku menimba + mengorek+mengali ilmu bahasa di kaki KLCC dulu..lama aku tak jupa dia ni sejak dia sibuk mengalahkan perdana menteri..hhuhuh..tp emmmm sodap sungguh lah...makan free mau nya tak sedap..bagi batu pun rasa mcm ABC campuq..muhahah..THANKS buddy..ang punye taste makan ala2 jalan2 cari makan (JCM) huhuuh aku bagaikan melantak mcm esok tiada hari untuk makan..apa ntah makanan dia..JERK BBQ..apa2 jerk lahh..satu lagi aku tak tau nak sebut..member aku pun sama..terkesima melihat menu dia bahasa..perhhggggg..ala2 italian.. mai tunjuk2 ja..nak makan ni..sambil tojohh..tojooh kertas menu tuh ...sib baik la plastik..kalu kertas mau koyak dan kene lempang dulu dgn manager restoran tu...adehhhhh

Monday, June 15, 2009

Sehari Selepas Mac 16


mmm....halusi dan teliti maksud tersirat dan tersurat disebalik kata2
hasil dari nukilan sahabat seopis aku..mm tak sangka la plak..
ada bakat dalam penulisan sajak nih..




Suram..
Hari ini mentari menghilang
Entah di mana
di balik awan

Ceria
Malam kelmarin terang benderang
Cahaya bulan menyinari alam
Isi alam jelas terlihat

Suramkah..
Hati yang gundah
Mengingatkan peristiwa semalam
Dimana aku terpaku
Lantaran peluru katamu
Akhirnya

Memenjara diriku
Dalam percaturan kataku
Yang lemah pergi menghilang
Lalu kelam

Fikirku
Tiada lagi 350
Hilang sudah 75
Menghilang pergi 25
Kabur nanti 1500 dan 300

Bayangku
Ayam,ikan, Sotong, Udang,
Tidak lagi menanti ku
Bayam, Sawi, Cili Merah
Tidak lagi menjadi perhatianku

Langkahku
Mula longlai
Tak mampu ku berdiri atas pentas ini lagi
Ke mana akan ku pergi...

Sahabat-Sahabatku Lupakan arahku
Teruskan agenda kalian
Selagi kurnia-Nya tetap terlimpah...



Nukilan
TerunaKampung
17Mac2009

p/s : perghh..sesuaiii sgat utk aku ni..kekekekekek..
a.midi teruskan usaha anda..bleh ganti a.samad said nanti..:)